Sunday, 20 December 2015

Najib, Mahathir, Hadi ada jumpa saya, cari titik pertemuan UMNO dan PAS - Harussani

Najib, Mahathir, Hadi ada jumpa saya, cari titik pertemuan UMNO dan PAS - HarussaniKUALA LUMPUR: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui dijemput untuk berbincang dan mencari kerjasama terbaik yang boleh dilakukan UMNO dan PAS.

Jelas Harussani, antara pemimpin yang pernah berbincang berkenaan perkara tersebut termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Sekarang ini saya lihat, apa yang diucapkan Perdana Menteri (Najib Razak), Abdul Hadi kepada saya bahawa kedua-duanya menuju ke arah untuk bersatu.

"Walaupun mereka tidak mungkin bersatu dari segi parti, tapi bersatu dengan satu tujuan, bersatu dalam arah mencari perpaduan ummah. Mudah-mudahan ini akan berjaya. 

"Saya juga telah diminta dulu oleh Dr Mahathir...minta saya supaya cari jalan, supaya dapat kita satukan (UMNO dan PAS).

"Alhamdulillah, saya telah temui orang-orang ini dan semuanya telah setuju untuk dapat kita bersatu padu," kata Harussani selepas menyampaikan ucapan selaku panelis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini hari ini.Malah, Harussani berpandangan jika parti-parti politik yang memperjuangkan Melayu dan Islam berpecah, maka ketuanan Melayu dan Islam akan kecundang pada pilihan raya akan datang.

"Kita ada dalam dua tahun sahaja lagi, kalau kita berpecah, kita akan kecundang. Kalau kita bersatu balik, InsyaAllah kita dapat mempertahankan ketuanan orang Melayu di Malaysia ini.

"...kerana di situ juga duduknya kekuatan Islam. Kalau kecundang Melayu, kecundanglah Islam di negara kita ini, jadi habislah perjuangan kita," katanya.

Justeru, beliau mahu semua pihak berfikiran waras, bukan tujuan berpolitik sahaja, sebaliknya untuk kepentingan negara.
Beliau yang mengakui wujud titik persamaan antara UMNO dan PAS bagaimanapun berpandangan kedua-dua parti itu tidak akan bergabung sebagai satu parti politik.

"Umpamanya, boleh berlaku kerjasama dalam perkara yang menjadi polisi...yang menjadi faedah, (jadi) kita sokong. Saya ambil contoh, kerajaan Barisan Nasional (BN)..kalau perkara ada kepentingan walaupun parti satu lagi tidak bersatu (sebagai sebuah parti politik), tapi menyokong.

"Jadi kekuatan kita masih ada. Kalau dia sebagai pembangkang terus membangkang, itu akan merosakkan," jelas Harussani.Harussani juga berharap supaya pemimpin politik tidak bercakaran di mana kesan pertengkaran itu bakal memberi impak kepada rakyat.  ASTRO  AWANI

Pelik di media sosial: Apabila netizen percaya manusia 'menghamilkan' orang utan

Pelik di media sosial: Apabila netizen percaya manusia 'menghamilkan' orang utanPersenyawaan antara dua spesis berbeza genetik disifatkan sebagai tidak mungkin berlaku.- Gambar Fail
KECOH di media sosial beberapa hari lalu tentang kisah seorang kakitangan lelaki sebuah zoo di Indonesia didakwa melakukan serangan seksual terhadap seekor orang utan.

Malah, beberapa pihak turut mendakwa orang utan berkenaan hamil akibat perbuatan lelaki tersebut.

Walaupun berita itu kedengaran pelik, namun apa yang menjadi perhatian adalah bagaimana ramai yang memilih untuk mempercayai cerita yang disebarkan itu.Kuasa yang dimiliki di laman sosial membuatkan manusia bebas bercerita, malah menokok tambah versi sendiri.

Hakikatnya, berita itu telah disahkan palsu oleh pengurusan zoo yang terletak di Jakarta itu.Ya Tuhan, Terekam CCTV, Petugas Kebun Binatang SURABAYA Hamili Orang Utan!
Benarkah? Ini Penelusuran Kami :http://goo.gl/jOCHP4

Gambar lelaki yang didakwa itu pula adalah seorang pendatang Indonesia yang ditahan di Singapura atas masalah imigresen.Dalam kenyataannya seperti yang dipetik laman tribunnews.com, zoo berkenaan tidak memiliki orang utan seperti yang dilaporkan, malah kakitangan lelaki yang dikatakan telah menghamilkan orang utan tersebut, juga tidak wujud.

Dari segi perubatan, secara semulajadinya, adalah mustahil untuk sperma manusia disenyawakan dengan haiwan.

Persenyawaan antara dua spesis berbeza genetik disifatkan sebagai tidak mungkin berlaku, melainkan jika melalui proses biologi di makmal dengan bantuan teknologi terkini.
Laporan asal berita palsu itu diambil di portal World News Daily Report yang cukup terkenal dalam menghasilkan laporan yang 'diputar belit' atau disensasikan.
 

ASTRO  AWANI

Number of missing in China landslide climbs to 91 - state TV

Number of missing in China landslide climbs to 91 - state TVBEIJING: The number of people missing from a landslide in the southern Chinese city of Shenzhen has climbed to 91 from the 59 people reported earlier, state television said on Monday.

State media has said the landslide happened when a huge mound of construction waste collapsed on Sunday  REUTERS

Nearly 80 still missing in Indonesian ferry accident

Nearly 80 still missing in Indonesian ferry accidentSIWA: Nearly 80 people are still missing nearly 24 hours after a ferry ran into trouble in rough seas off the coast of Indonesia's Sulawesi, with authorities not ruling out the possibility of a sinking.

The transport ministry has confirmed three people, including two children, have been found dead, while 39 others have been pulled from the water alivesome after desperately clinging to fishing buoys for hours in the huge swell until help arrived.

Search and rescue teams have still not found the stricken vessel, police told AFP, which was ferrying 118 people around Sulawesi island when it sent out a distress signal late Saturday afternoon.

The whereabouts of the remaining 76 people is also still unclear, with search and rescue teams being hampered by rough conditions and waves up to five metres (16 feet) high as daylight hours dwindle.

When asked whether the boat had sank, South Sulawesi police spokesman Frans Barung told AFP: "Maybe yes, maybe no".

"The boat has not been found, because the weather has not been good," he added, saying the boat was constructed from fibre glass and was therefore difficult to sink.

Authorities lost contact with the ferry late Saturday afternoon, and it failed to arrive at its destination in Siwa across the Bay of Bone as scheduled.

Officials dismissed initial reports the boat had sunk, instead claiming it was adrift, having lost engine power.Police, national search and rescue teams and the navy have been scouring the seas for survivors ever since but have been battling harsh elements.

Local search and rescue head Roki Asikin said powerful waves meant it took three hours to evacuate some survivors to shore.

"These waves were very high," he said.
There had been warnings about extreme weather in the area in the days leading up to the accident, with strong winds and rough seas.

The Indonesian archipelago of more than 17,000 islands is heavily dependent on ferry services but the industry has a poor safety record and fatal accidents are common.

Just this week a Danish cargo ship collided with a tanker and sank in Indonesia's west, with some crew still missing. AFP

Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019

Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd telah memperbaharui kontrak pekerjaan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jun, 2016 hingga 31 Mei, 2019.

Azman, 54, memegang jawatan itu pada 1 Jun, 2004, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Khazanah adalah dana pelaburan strategik kerajaan yang diamanahkan untuk memegang dan menguruskan aset komersial kerajaan dan menjalankan pelaburan strategik.

Dana pelaburan strategik itu terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah dan pelancongan, hartanah, media dan kreatif, pendidikan serta teknologi dan inovasi.
Beberapa syarikat tersenarai utama dalam portfolio pelaburan Khazanah termasuklah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd  BERANAMA

Pesawat Tentera Udara Indonesia jatuh ketika pertunjukan udara, dua juruterbang maut

Pesawat Tentera Udara Indonesia jatuh ketika pertunjukan udara, dua juruterbang mautJAKARTA: Sebuah pesawat latihan supersonik milik Tentera Udara Indonesia (TNI AU) jatuh ketika sedang membuat pertunjukan aerobatik di Lapangan Terbang Adi Sucipto di Jogjakarta pagi tadi.

Dua juruterbang pesawat itu disahkan terkorban dalam nahas berkenaan.

Media-media tempatan memetik Ketua Bahagian Penerangan TNI AU Marsma Dwi Badarmanto sebagai berkata, dalam kejadian 10 pagi waktu tempatan, pesawat T-50 Golden Eagle milik TNI AU jatuh ketika melakukan aksi terbang menjunam rendah dalam pertunjukan Gebyar Dirgantara itu.

Laporan televisyen tempatan Metronews memetik seorang saksi yang dikenali sebagai Wina berkata, beliau terlihat kepulan asap keluar dari pesawat itu sebelum ia terjunam tajam dan jatuh ke bumi.

Ekoran kemalangan itu, pertunjukan udara berkenaan dibatalkan dan pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan mengenai punca nahas.

Ekoran kemalangan itu, pertunjukan udara berkenaan dibatalkan dan pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan mengenai punca nahas. - Foto AP
Ekoran kemalangan itu, pertunjukan udara berkenaan dibatalkan dan pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan mengenai punca nahas. - Foto AP


Pada perkembangan lain, usaha mencari dan menyelamat 122 penumpang dan anak kapal sebuah feri Marina yang dilaporkan tenggelam di laut Sulawesi semalam masih dijalankan.

Setakat ini, Badan SAR Nasional (Basarnas) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan mangsa feri terbabit.

Menurut laporan Basarnas, feri itu disahkan karam di perairan Siwa di Sulawesi akibat dipukul ombak dan taufan pada kira-kira pukul 3 petang semalam.Media tempatan memetik Ketua Basarnas Sulawei Selatan, Roky Asikin sebagai berkata, feri yang diperbuat daripada fiber itu belayar dari Kolaka, Sulawesi Tenggara untuk ke Siwa, daerah Wajo.

Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai tenggelam bersama-sama feri berkenaan dan pihaknya belum dapat mengesahkan nasib kesemua penumpang dan anak kapal terbabit.  BERNAMA

Ai Tinju cries ‘extreme’ over disciplinary warning from military vets

Ali Tinju cries ‘extreme’ over disciplinary warning from military vets
Yesterday, the PVATM executive leadership accused Mohd Ali of making racial sentiments and warned the former soldier with the Royal Malay Regiment that disciplinary action would be taken if he continued holding activities that tarnished its image. — Picture by Yusof Mat Isa
KUALA LUMPUR, Dec 20 — Former soldier Mohd Ali Baharom, better known as Ali Tinju, has cried foul over the disciplinary action caution from the Malaysian Armed Forces Veterans Association (PVATM).
The leader of the “red shirt” movement that purports to champion Malay, Muslim rights insisted all his actions using the military association’s name were in the interest of the race and country, after a rap on the knuckles from the PVATM central leadership yesterday.The allegations made are too extreme. During Bersih, we saw them invite the rakyat to rise against the government. At that time, no one could stop Bersih from demonstrating in the streets, making chaos in business areas,” he told ProjekMMO, the sister publication of Malay Mail Online in Bahasa Malaysia.
“I and my colleagues in the veteran Malay military gave Ambiga warnings until she finally issued a statement that there would be no Bersih 3 and 4,” he added, referring to Datuk Ambiga Sreenevasan, former co-chairman of electoral reforms pressure group Bersih 2.0 and the 2011 protest that saw tens of thousands that flooded the streets in the federal capital.Mohd Ali has courted controversies previously with his “butt dance” outside Ambiga’s home in the wake of the Bersih 2 rally. Earlier this year, he was investigated for racial provocation outside popular tech mall Low Yat Plaza but escaped prosecution, ostensibly due to lack of evidence.
Last Friday, he demonstrated outside the Kotaraya shopping centre, calling for a boycott and urging the government to teach ethnic Chinese not to cheat.
Yesterday, the PVATM executive leadership accused Mohd Ali of making racial sentiments and warned the former soldier with the Royal Malay Regiment that disciplinary action would be taken if he continued holding activities that tarnished its image.
In response, Mohd Ali accused PVATM president Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor of failing to take care of the welfare of military veterans even though he has been a senator for a year.
According to Mohd Ali, Mohd Anwar was more focused in guarding his own interests and did not raise military welfare in Parliament.
“Tan Sri, though a former general [sic], is still new in the association. He has never contested. He was given power to govern the association but still failed,” he said, referring to Mohd Anwar by his title.
Mohd Anwar was formerly admiral of the Royal Malaysian Navy who was later promoted to chief of the armed forces before his subsequent retirement from defence. Previous heads of the country’s three military forces were from the army.
Mohd Ali further claimed Mohd Anwar had never raised the welfare of pensioned military veterans in Parliament and was instead just sitting on the job, despite being appointed to the Dewan Negara.“Tan Sri Anwar’s knowledge is shallow and he is inexperienced in the NGO journey and struggle after retiring from the military,” Mohd Ali added, without elaborating.
The one time head of the Federal Territory and Selangor chapter of PVATM is also appealing to the Registrar of Societies against its dissolution.
“Since its establishment in 2009 till today, I have only received RM100,000 from the defence minister as allocation for the association. The remainder, I used my own money.From 2012 to 2015, not one sen in assistance was given by the Defence Ministry. Different from the PVATM, they get millions from the warrior’s fund every year. They also get taxi permits and various government projects,” Mohd Ali claimed. THE  MALAY  MAIL ONLINE