Sunday, 20 September 2015

Semua orang suruh saya diam – Nurul Aini

No comments
IMG_9768

Lawak juga perangai si gadis cantik bernama Nurul Aini. Mana taknya, sepanjang ditemubual banyak sungguh yang ingin diceritakan. Meskipun begitu, perwatakannya yang ceria dan mesra cukup disenangi. Pelakon dan pengacara dari Singapura ini sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak yang sangat comel!
Nurul Aini,32, yang ketika ditemui di Majlis Sambutan Ulang Tahun TV3, memberitahu bahawa dia seorang yang tidak reti duduk diam. Malah, pengurusnya sendiri mengakui yang dia cukup gemar bercakap. Katanya, “Semua orang suruh saya diam, tapi memang saya macam ni. Kadang-kadang saya masih tak paham kenapa orang cakap saya sombong. Kalau orang senyum kepada saya, saya tak pernah tak senyum balik.Mungkin wajah saya ini nampak sombong dan sebab itu saya di label sebegitu. Hanya orang sekeliling sahaja tahu macam mana perangai saya yang sebenar. Bagi saya, memang tidak adil untuk melabelkan seseorang itu sombong tanpa mengenali terlebih dahulu,” jelasnya lagi.Dalam perkembangan lain, Nurul Aini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri ‘Kasih Berbisik’ yang menggandingkan pelakon dari 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Sepanjang menjalani penggambaran pasti ada perkara manis yang tidak dilupakan Nurul Aini, antaranya adalah ketika membuat penggambaran di sawah padi, Perlis.
Dia memberitahu: “Bermain di sawah padi adalah perkara yang paling menyeronokkan sekali! Singapura memang tidak ada sawah padi jadi, bila saya diberitahu akan buat penggambaran di sawah padi, saya sangat teruja. Sehinggakan krew-krew di situ hairan kenapalah saya ni gembira sangat. Saya berlari ke sana-sini di sawah padi dah macam perempuan gila!” ujarnya ketawa.Bukan sahaja berbakat besar dalam bidang lakonan dan pengacaraan, malah dia juga mempunyai bakat dalam mereka pakaian untuk perniagaan onlinenya sendiri. Menurut Nurul Aini, sepanjang tahun terutamanya pada bulan puasa, dia memang sangat sibuk menguruskan perniagaannya dan untuk Ramadhan tahun ini pula kesibukan Nurul Aini bertambah. Ini kerana dia akan mengadakan satu majlis pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan hasil rekaannya.
SAYANG  SABAH

No comments :

Post a Comment