Taufan kedua terkuat itu menyebabkan kerajaan Filipina membatalkan beberapa penerbangan dan memerintahkan ribuan penduduk yang tinggal di pesisir pantai segera berpindah.
Bagaimanapun menurut pihak berkuasa setakat ini tiada laporan mengenai sebarang kehilangan nyawa.Kerajaan turut memberi amaran bahawa Taufan Koppu akan melanda negara itu untuk tiga hari yang akan mengakibatkan hujan lebat , tanah runtuh dan banjir besar.Sementara itu beribu-ribu penduduk telah dipindahkan termasuk di bandar-bandar yang terdedah kepada banjir kilat dan tanah runtuh serta perkampungan di pesisir pantai yang berisiko diancam ribut.
ASTRO AWANI
No comments :
Post a Comment