Rangka itu ditemui kira-kira 10 meter dari penemuan dua kanak-kanak Orang Asli yang selamat pada Jumaat.
Rangka tersebut kemudiannya dibawa keluar melalui bot dan tiba di tebing Sungai Perias pada jam 1.30 petang tadi dan difahamkan akan dibawa ke Hospital Besar Gua Musang untuk dibedah siasat.Penemuan rangka jasad itu merupakan yang kedua ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat dan kini tinggal seorang lagi kanak-kanak Orang Asli yang masih belum dijumpai, sejak mereka dilaporkan hilang pada 23 Ogos lalSeramai 127 anggota dan pegawai telah ditugaskan untuk mencari dan menyelamat kes kehilangan kanak-kanak Orang Asli ini termasuk 53 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 anggota pasukan gerakan am dan sembilan pegawai pendidikan.
Sebelum ini tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pos (SK) Tohoi, Gua Musang, dilaporkan hilang pada 23 Ogos selepas tidak pulang ke asrama akibat takut didenda guru kerana mandi sungai tanpa kebenaran.
Setakat ini tiga mayat telah ditemui dengan salah satunya telah dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie selepas melalui proses pengecaman pada 8 Oktober.
ASTRO AWANI
No comments :
Post a Comment