
Ini bukan sahaja disebabkan pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi juga pelbagai isu besar yang berbangkit dalam arena politik negara.
Ia termasuk status penyiasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bakal diterajui Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin.Arifin.
Hasan dipilih untuk menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada rombakan Kabinet Julai lepas.
Selain itu, laporan akhir persempadanan semula bahagian Pilihanraya Negeri Sarawak juga dijangka bakal dibentangkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri juga dilaporkan berkata pembentangan laporan tersebut akan dilaksanakan bagi membolehkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu diwujudkan.Ini sekali gus menjadikan keseluruhannya 82 kerusi DUN akan dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11 nanti.
Dalam pada itu, lima Rang Undang-Undang dijadual dikemukakan untuk bacaan kali pertama iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2016, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Syarikat 2015 dan Rang Undang-Undang Skim Kepentingan 2015.
ASTRO AWANI
No comments :
Post a Comment