Dalam kenyataan di sini hari ini, syarikat itu berkata berdasarkan siasatan dalaman, dipercayai dakwaan itu berdasarkan dokumen yang telah dipalsukan dalam cubaan untuk sengaja mengelirukan orang ramai.Hakikatnya, semua RM4 bilion yang dipinjam daripada KWAP diambil kira di dalam kunci kira-kiranya, selaras dengan amalan piawaian perakaunan dan tadbir urus.
"Tiada satu sen pun daripadanya telah disalah guna seperti didakwa oleh mereka yang mempunyai niat jahat," katanya. Kenyataan itu merujuk kepada portal berita Sarawak Report dan Malaysiakini.
Syarikat itu berkata dakwaan palsu itu merupakan satu serangan yang serius terhadap SRC dan telah menyebabkan kesan kewangan yang negatif serta menjejaskan reputasi perniagaannya serta kerajaan dalam cubaan untuk memburuk-burukkannya dalam politik.
Mengenai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, kenyataanitu menyatakan sebarang perbelanjaan syarikat bagi program-program sosial diambil daripada pendapatan tunai yang dijana menerusi pelaburannya.Selepas bertahun-tahun, pendapatan yang diraih dianggarkan RM500 juta tidak termasuk item bukan tunai lain, menyediakan pendapatan yang kukuh untuk syarikat gunakan bagi tujuan itu, katanya.
"Kami mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan ini dikenal pasti, berikutan ketulenannya telah dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 3 Ogos 2015," kata SRC.
BERNAMA
No comments :
Post a Comment