Tuesday, 22 December 2015

Pelakon wanita Australia direman hingga Khamis kerana bawa lari anak - Polis

No comments
Pelakon wanita Australia direman hingga Khamis kerana bawa lari anak - PolisSzonert (kanan) yang ditemani dua lelaki ke sebuah pusat membeli-belah untuk menemui Crick sebelum melarikan anak lelakinya. - Gambar YouTube
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon wanita Australia Eliza Szonert yang didakwa melarikan anak lelakinya daripada bekas suaminya Ashley Crick, di sini pada 10 Dis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata pihaknya menahan pelakon itu ketika beliau menyerah diri di sebuah balai polis di Kuala Lumpur pada pukul 6 petang semalam untuk memberi keterangan.Szonert (kanan) yang ditemani dua lelaki ke sebuah pusat membeli-belah untuk menemui Crick sebelum melarikan anak lelakinya. - Gambar YouTube
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon wanita Australia Eliza Szonert yang didakwa melarikan anak lelakinya daripada bekas suaminya Ashley Crick, di sini pada 10 Dis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata pihaknya menahan pelakon itu ketika beliau menyerah diri di sebuah balai polis di Kuala Lumpur pada pukul 6 petang semalam untuk memberi keterangan.Pada 9 Dis lepas, menurut laporan The Sydney Morning Herald Szonert, yang ditemani dua lelaki, pergi ke sebuah restoran di sebuah pusat membeli-belah di sini untuk menemui Crick sebelum melarikan anak lelaki mereka.

Laporan itu menyebut Szonert datang ke Malaysia bersama anak itu untuk tinggal bersama Crick yang menetap dan bekerja di sini sebelum berlaku pertelingkahan antara mereka.
Menurut laporan akhbar Australia itu, Szonert difahamkan masih gagal pulang ke Australia bersama anak lelaki itu kerana Crick dipercayai menyimpan pasport Szonert.Crick turut membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada malam kejadian.  BERNAMA

No comments :

Post a Comment